Mukaddimah

Mukaddimah

Salam to all friends. Alhamdulillah and syukur to Allah the Almighty God to give us strength and sincerity especially for a few of us to meet and unite at Shah Alam on date April
30, 2008. What a sweet gathering since we lost of communication at almost of 12years after graduated from school of engineering in 1995.
Hence, this blog is launched as a platform of alternative communication for sharing our ideas, informations, articles, virtual discussion, invitation, announcement etc.
More and foremost i wish it could tighten our 'silaturahim'.
Amin.

January 3, 2009

Selamat Tahun Baru

Tahun 2008 masihi dan 1429 Hijrah telah melabuhkan tirai beberapa hari lepas dengan meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit yang telah pun menjadi sebahagian dari sejarah di dalam lipatan hidup kita.
Adakah 2008 telah menjadi tahun pengajaran dan tauladan kepada kita?. Adakah azam 2008 telah kita penuhi atau telah menjadi hangat-hangat taik ayam aje? Tepuk dada tanya selera. Pastinya sekarang ini kita telah pun berada di tahun baru 2009 masihi.
Tahun 2009 adalah bakal tahun mencabar bagi kita terutama dalam hal ekonomi dan keamanan. Media telah melaporkan bahawa dunia akan mengalami penguncupan ekonomi kesan dari kejatuhan ekonomi Amerika. Syarikat multi-billion merudum. Kejatuhan harga minyak keparas terendah bawah USD40 setong. Pembuangan pekerja secara pukal bg syarikat gergasi dunia seperti Sony. Kejatuhan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit.
Tak kurang juga dengan cabaran keamanan dunia yang mana Zionis Israel mengebom saudara Palestin di Gaza. Dilaporkan sehingga kini lebih 400 orang terkorban dan ribuan lagi cedera dan telah hilang tempat tinggal. Politik Thailand masih bergolak antara penyokong kerajaan dengan penyokong pro-Taksin. Serangan militan di Mumbai dan banyak lagi.
Jadi dalam mengharungi segala cabaran yang bakal kita hadapi pada tahun 2009 ini maka jalan yang terbaik adalah dengan melihat seketika kebelakang. Melihat kepada kelemahan, dan kehebatan pada diri kita. Muhasabah diri. Perbaiki kelemahan, pertingkatkan kekuatan. Dan elemen yang paling wajip dipertingkatkan adalah Ketakwaan dan keimanan kepada Allah. Sebabnya 'dari Dialah kita datang kepada Dialah kita akan dikembalikan'.
Kelemahan dapat dibaiki dengan Berilmu, kekuatan dapat ditingkatkan dengan Bersatu. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.
Selamat Maju Jaya.

No comments: