Pertama-tama saya nak minta maaf banyak2 sebab lambat 'post' ke blog ni sebab sibuk sikit dengan tugasan. Sebenarnya project yang saya involve ni dah hampir siap sepenuhnya dan sepatutnya kerja pun semakin kuranglah kan tapi disebabkan ramai site staf yang kena transfer ke projek lain, maka saya yang masih tinggal ni kenalah buat kerja 'multi tasking'.
Oh ya, pada post yang lepas saya dapat feedback yang sangat positif dari kawan-kawan kita yang lain yang bersetuju nak datang join Jom Ngeteh (TTC) di Shah Alam. So lanjutan dari feedback tu malam kelmarin saya, Ganu dan laynin telah mengambil inisiatif 'recky' di beberapa 'area' dan akhirnya kita sepakat dan memilih Sek 7 Shah Alam sebagai lokasi paling stratigik. Sebab pertama adalah kerana 'access' yang mudah yang boleh datang terus melalui Federal Hiway. Ia juga berdekatan dengan Toll Plaza Bkt Raja. Sebab kedua adalah kerana disana terdapat pelbagai jenis konsep restoran seperti Mamak, Rice chicken Shop (Linda's On), Kopitiam, Thai Food, Western dan pelbagai lagi.
Melihatkan keadaan dan suasana pada malam tu kami mencadangkan Restoran Khulafa Bistro sebagai 'venue' yang terbaik sebab mempunyai ruang yang besar serta makanan yang dikatakan sedap di antara pesaingnya. Lihat pada 'menu' di Kopitiam Li pun nampak macam menarik juga tapi malangnya tempatnya sangat terhad. Anda semua boleh memilih 'venue' dan konsep restoran untuk TTC kita dengan memberi cadangan di blog ini tetapi cadangan anda hanya akan dipertimbangkan untuk TTC yang akan datang sahaja atas alasan kesuntukan masa dan bagi melincirkan lagi perjumpaan kita untuk kali ini. Sebarang komen/cadangan anda amat2 dihargai. Untuk pertanyaan anda boleh call/SMS kepada saya (019-2715748) atau kepada Che Azhar (012-2842025). Di bawah adalah pelan lokasi sebagai panduan untuk anda datang ke kawasan Sek 7 Shah Alam.
Jumpa anda di sana.......
Date : 21 June 2008 Saturday Evening
Time : 9.15pm
Venue : Restoran Khulafa Bistro Sek 7 Shah Alam
Fee : RM10 je..
No comments:
Post a Comment