Mukaddimah

Mukaddimah

Salam to all friends. Alhamdulillah and syukur to Allah the Almighty God to give us strength and sincerity especially for a few of us to meet and unite at Shah Alam on date April
30, 2008. What a sweet gathering since we lost of communication at almost of 12years after graduated from school of engineering in 1995.
Hence, this blog is launched as a platform of alternative communication for sharing our ideas, informations, articles, virtual discussion, invitation, announcement etc.
More and foremost i wish it could tighten our 'silaturahim'.
Amin.

December 26, 2008

Side is the best

Frens, i found an interesting article from The Star dated 24dec08 regarding the healthiest position for sleep. I'm happy to share this article coz it will help us improve our sleeping efficiency.
The article quoted as below ;

"Side is the best.
The healthiest position for sleep is on the side, according to researchers at the University of Cleveland in the American State of Ohio.
People who sleep on their stomachs or backs may injure their spinal column slightly, according to the German edition of Men's Health magazine.
Lying in those positions, as opposed to one side, can change the spine's natural shape. Researchers say sleeping in a stable side position is best.
To protect the neck vertebrae, the neck should also be held in a straight side position. slightly flexing the knees and hips can also help reduce pressure on the spiunal column.
In addition to a pillow for the head, placing one between the knees is recommended. This relieves strain on the sciatic nerve in the thigh."

Here i'm glad to tell that the method was practiced by our prophet Muhammad pbuh 1400 years ago (but not the pillow). I notice it when i was attending kulliyah maghrib at masjid previous years ago. The kulliyah was explained by ustaz (i forgot his name) base on kitab Sirah Rasullulah s.a.w. Actually there are a lots of practice done by Prophet Muhammad pbuh should be followed for human beneficial i.e eating fruits before meal (but western practice eating fruits after meal).

"Researchers say sleeping in a stable side position is the best", meaning our prophet Muhammad pbuh is the BEST coz he had done it (without advise from scientist) 1400 years ago.

So, if we want to be the best, follow the BEST.


wassalam


December 20, 2008

Jom Ngeteh Lagi

Salam kawan2 semua. Lama betul aku tak update blog ni. Maaf lah ye blog ni tak aktif sebab utamanya adalah kerana aku ni pun bukan nye proaktif blogger tp cuma amatur je. Sebab yg lain plak adalah kerana tak de idea nak menaip. Payah beb nak cari idea dan yg paling mencabar plak nak mengarang cerita yg menarik. But, insya-allah i will improve it from time to time.

Kite lupakan dulu masalah kat atas tu. Sebab yg paling penting kat sini adalah aku nak war-warkan cadangan yg diutarakan oleh kawan kite Cheq iaitu JOM NGETEH LAGI. Sempena penutup 2008 aku nak mencadangkan tarikh JOM NGETEH LAGI diadakan
  • pada 30 Dec 2008
  • hari selasa malam
  • 9.15pm
  • di Shah Alam (lokasi yg sama)
Cadangan dan komen dari kawan semua sangat2 dialu-alukan.

List terkini kawan- kawan yang sudi datang;
  1. shamos
  2. waklan.
  3. syed husin (sudi dtg kalu buat mlm 29th)
  4. cheq


List kawan-kawan yg tak dpt join;
  1. Ganu - sbb blk kg



M A J U L A H ADCE95.BLOGSPOT.COM

September 28, 2008

SALAM AIDIL FITRI


Funscrape.Com |

Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Bulan Penebos Dosa
Syawal Pula Menjelang Tiba
Bulan Kemenangan Kita

kepada semua kawan muslim:

Selamat Menyambut Aidilfitri 1429H.

Minal Aidil Walfaizin. Maaf Lahir dan Batin.
Berhati-hatilah Ketika
Memandu Diperjalanan.
Pandu Cermat Jiwa Selamat.









September 11, 2008

Keistimewaan Ramadhan

10 malam pertama adalah malam keberkatan dan kerahmatan, 10 malam ke-2 adalah malam pengampunan dan 10 malam terakhir di bulan ramadhan adalah malam Lailatur qadar. Begitulah istimewa nya Ramadhan al-mubarak. Sesungguh keistimewaan ramadhan seperti yang tercatat di bawah cuma sebahagian kecil dari keistimewaan dan ganjaran yang menjadi rahsia Allah s.w.t.

1. Puasa mempunyai ganjaran paling istimewa

Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”

2. Memasuki syurga melalui pintu khas,

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim

Dari Sahl bin Sa’d radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu alayhi wasallam, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda:
“Di syurga ada pintu yang bernama “ar-Rayyan”. Orang-orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat. Selain mereka tidak ada seorang pun yang masuk ke sana. Apabila mereka telah masuk, pintu itu dikunci, setelah itu tidak ada yang masuk seorang pun.”


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari ,Muslim dan Ibnu Khuzaimah dengan tambahan lafaz: “Apabila yang terakhir telah masuk, pintu itu dikunci dan siapa sahaja yang memasukinya, ia tidak akan merasa kehausan selamanya”)

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W :

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa, padanya dibuka pintu-pintu langit, pintu-pintu Neraka Jahim ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya (malam tersebut) maka dia benar-benar tidak mendapatkannya.”
(Riwayat an-Nasai dan al-Baihaqi)

Marilah kita sama2 mengikhlaskan puasa ini hanya semata kerana Allah demi mengharapkan keberkatan dan kerahmatan Allah 'Azza Wa Jalla.

August 25, 2008

BERKAT

Marilah kita renungkan bersama...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita BERKAT, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.


Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
.


Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti 'tercegat'. Silap gaya jadi gawat,

bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.



Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?. Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat ,
Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
)

August 24, 2008

JALAN YANG LURUS (BENAR)


(surah al-baqarah)
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;


(surah al-fatihah)
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



(surah al-baqarah)
[108] Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang lurus.


(surah Yasin)
[60] Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61] Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

August 11, 2008

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kalendar 12-bulan Hijrah. Bulan yang didalamnya penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Sempena menyambut bulan yang berkat ini marilah kita sama-sama menyingkirkan ilmu tradisi kita tentang puasa dan sebaliknya marilah kita meningkatkan ilmu puasa berdasarkan alquran dan sunah rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ ayat 183 surah al-Baqarah

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam

Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.


Apa itu Puasa.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Kelebihan Puasa

a). Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya : Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia.

b). Bulan penuh berkat
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

c). Bulan Penghapusan Dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan ketelusan nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu


d). Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar

"Ya ALLAH, jadikan puasaku kali ini yang terbaik dari puasa yang sebelumnya. Amin"

July 28, 2008

Perjalanan Israk & Mikraj

Tanggal malam 27 Rejab merupakan peristiwa agong Perjalanan Israk dan Mikraj baginda Rasullulah s.a.w dalam keadaan berjaga (bukan mimpi). Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad dengan menunggang kenderaan syurga (buraq) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian naik ke langit.


Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia. Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti.

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa) :
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
* Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
* Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
* Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • a. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • b. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • c. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang.
  • d. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • e. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • f. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • g. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • h. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • i. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • j. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • k. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • l. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • m. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat
Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

July 22, 2008

TTC @ ngeteh di Shah Alam Sek 7

Salam kekawan, Sekalung tahniah khas untuk Cheq dan kekawan yang ade dalam foto tu kerana telah menjayakan dan memeriahkan majlis pada malam tu. Tabik spring untuk Lijah sebagai wakil kawan wanita kita dan kepada kekawan dari Sabah dan Serawak pulak...syabas bro. Alhamdullilah, sambutan dari kekawan kita semua amat membanggakan. Kepada kekawan yang tak dapat menghadirkan diri pada malam tersebut diharapkan dapat bersabar, insyallah kita akan mengusahakan event yang lain pada tahun ini insyallah.

Oklah sebelum terlupa aku ingin mohon banyak2 maaf kerana tak datang pada malam tu sebab aku penat sangat balik dari 3 hari brainstorming di Lumut. Aku sampai rumah pun dah jam 9.30pm sampai rumah aku terus je......z.z.z.Z.Z.

Kat bawah ni cuma ada 2 foto aje yang aku dapatkan uploadkan dari kamera Cheq. Kepada kekawan yang lain harap dapat emailkan kat aku foto2 lain yang korang snap pada malam tu, nnti bole le aku uploadkan kat sini untuk tatapan kekawan kita yang tak dapat datang pada malam tu. Sebagai bonus aku upload sekali video yang Cheq rakamkan pada sesi ngeteh sebelum ni di Restoran Darul Ehsan.








Kat bawah ni pulak foto2 yang diambil pada masa mengeteh pada setahun lepas di Restoran Darul Ehsan juga.





June 18, 2008

Jumpa Di Sek 7 Shah Alam

Hi kawan-kawan selamat berjumpa kembali.

Pertama-tama saya nak minta maaf banyak2 sebab lambat 'post' ke blog ni sebab sibuk sikit dengan tugasan. Sebenarnya project yang saya involve ni dah hampir siap sepenuhnya dan sepatutnya kerja pun semakin kuranglah kan tapi disebabkan ramai site staf yang kena transfer ke projek lain, maka saya yang masih tinggal ni kenalah buat kerja 'multi tasking'.

Oh ya, pada post yang lepas saya dapat feedback yang sangat positif dari kawan-kawan kita yang lain yang bersetuju nak datang join Jom Ngeteh (TTC) di Shah Alam. So lanjutan dari feedback tu malam kelmarin saya, Ganu dan laynin telah mengambil inisiatif 'recky' di beberapa 'area' dan akhirnya kita sepakat dan memilih Sek 7 Shah Alam sebagai lokasi paling stratigik. Sebab pertama adalah kerana 'access' yang mudah yang boleh datang terus melalui Federal Hiway. Ia juga berdekatan dengan Toll Plaza Bkt Raja. Sebab kedua adalah kerana disana terdapat pelbagai jenis konsep restoran seperti Mamak, Rice chicken Shop (Linda's On), Kopitiam, Thai Food, Western dan pelbagai lagi.

Melihatkan keadaan dan suasana pada malam tu kami mencadangkan Restoran Khulafa Bistro sebagai 'venue' yang terbaik sebab mempunyai ruang yang besar serta makanan yang dikatakan sedap di antara pesaingnya. Lihat pada 'menu' di Kopitiam Li pun nampak macam menarik juga tapi malangnya tempatnya sangat terhad. Anda semua boleh memilih 'venue' dan konsep restoran untuk TTC kita dengan memberi cadangan di blog ini tetapi cadangan anda hanya akan dipertimbangkan untuk TTC yang akan datang sahaja atas alasan kesuntukan masa dan bagi melincirkan lagi perjumpaan kita untuk kali ini.
Sebarang komen/cadangan anda amat2 dihargai. Untuk pertanyaan anda boleh call/SMS kepada saya (019-2715748) atau kepada Che Azhar (012-2842025). Di bawah adalah pelan lokasi sebagai panduan untuk anda datang ke kawasan Sek 7 Shah Alam.

Jumpa anda di sana.......

Date : 21 June 2008 Saturday Evening
Time : 9.15pm
Venue : Restoran Khulafa Bistro Sek 7
Shah Alam
Fee : RM10 je..


May 7, 2008

Jom Ngeteh (TTC)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana blog ni baru aje 'clear' setelah beberapa minggu 'missing' dari Yahoo mahupun Google. Mungkin kena ban kot .

Dear frens, saja nak bagi info bahawa Jom Ngeteh (TTC) yang akan datang akan diadakan
i. Date : 21 June 2008 saturday nite
ii. Time : 9.30pm
iii. Venue : Shah Alam Restoran Darul Ehsan Sek 13 near to stadium.
iv. Agenda : silaturahim and further discussion of our previous TTC
v . Fee : RM10

Sahabat2 kita seperti Azmi sagiman, Zack, Lijah, Leman/Bedah, Pak ya, Ruzman, Waklan, Xerox, Roy, Bob, Nik, Syed husin, Yusof, Ehsan, Ganu dan Wan Khairul telah pun memberi persetujuan untuk datang. Kehadiran kepada sahabat2 lain seperti Shahrani, Khairul (abg), Laynin, Bak, Ruzi, Guy, AJ, Jodi, Jon, Ranolf, Norazman subuh, Zulkifli Thamby Chik, Lotfi, Zaleha, dan Sue sangat dialukan.

Seperti biasa blog ni dahagakan sebarang comment dan cadangan yang bernas dari anda semua. Kerjasama dari anda untuk mewar-warkan blog ni kepada kawan2 yang lain amat2 dihargai.

See ya....



May 1, 2008

Teh tarik corner (TTC) at Shah Alam



Hi guys, thanks a lot for coming for the 2nd TTC. For info for those friends who didnot joint that nite, the TTC was arranged at the same area last year (march) at Restoran Darul Ehsan near Stadium Sek 13 Shah Alam. Only 11 of our classmates joint at nite namely Pokya, Cheq, Syed Husin, me (apet), laynin, Ganu, Wan Khairul, Khairul (abg), xerox and Wak Lan. Thanks for Cheq' because sponsoring our TTC. Our TTC session started at 9pm April 30 and adjourned at 1am May 1st. I was informed that a few of our classmates (Roy, Yusof ali, Mizi, Bak etc) were last minute canceled the invitation due to unforeseen matter. I also was told a few of us couldn't come due to short notice call..... a thousand of sorry friends because the arrangement also made in short notice. If I not mistaken the idea was highlighted and arranged less than a week before the TTC.

During the TTC session most of us agreed that we would forming a unity for our classmate for the purpose of 'sillaturahim' and 'benefit'. Below are the matters that we discussed ;



Group name - Classmate '95

1.mengeratkan semula 'SILATURAHIM'
    • TTC - (proposed next TTC in June RM10/head)
    • Gathering school Holiday Year end - (proposed at Janda Baik for this year)
    • gathering Open House Hari Raya
2. Forming of COMMITTEE
    • Penasihat /Advisor - Yusof Ali or Nik or Burn (proposed)
    • Setiausaha - Cheq' Azhar aka Cheq (appointed)
    • Bendahari - Laynin (appointed)
    • AJK - to be appointed
3. Establishing NGO - (proposed as official and registered group)
4. DANA - (proposed for budgeting for TTC, gathering, holiday and etc. Maybe later we can thinking for growing the DANA for investment)

So guys, all the above are the ideas from 11 of us, these ideas are subject to be changed. As mentioned above our mission is focusing for 'silaturahim' and 'benefit'. If u have an better idea, you are pleased to give comment(s). See ya.