Mukaddimah

Mukaddimah

Salam to all friends. Alhamdulillah and syukur to Allah the Almighty God to give us strength and sincerity especially for a few of us to meet and unite at Shah Alam on date April
30, 2008. What a sweet gathering since we lost of communication at almost of 12years after graduated from school of engineering in 1995.
Hence, this blog is launched as a platform of alternative communication for sharing our ideas, informations, articles, virtual discussion, invitation, announcement etc.
More and foremost i wish it could tighten our 'silaturahim'.
Amin.

August 25, 2008

BERKAT

Marilah kita renungkan bersama...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita BERKAT, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.


Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
.


Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti 'tercegat'. Silap gaya jadi gawat,

bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.



Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?. Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat ,
Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
)

August 24, 2008

JALAN YANG LURUS (BENAR)


(surah al-baqarah)
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;


(surah al-fatihah)
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



(surah al-baqarah)
[108] Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang lurus.


(surah Yasin)
[60] Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61] Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

August 11, 2008

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kalendar 12-bulan Hijrah. Bulan yang didalamnya penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Sempena menyambut bulan yang berkat ini marilah kita sama-sama menyingkirkan ilmu tradisi kita tentang puasa dan sebaliknya marilah kita meningkatkan ilmu puasa berdasarkan alquran dan sunah rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ ayat 183 surah al-Baqarah

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam

Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.


Apa itu Puasa.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Kelebihan Puasa

a). Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya : Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia.

b). Bulan penuh berkat
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

c). Bulan Penghapusan Dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan ketelusan nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu


d). Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar

"Ya ALLAH, jadikan puasaku kali ini yang terbaik dari puasa yang sebelumnya. Amin"